Isnin, April 27, 2009

~* LELAKI IDOLA WANITA *~


Pertama sekali sudah tentulah satu sudut di ruang hati
Yang hanya diisi oleh satu2nya wanita yang bergelar isteri
Tidak dua dan tidak tiga..

Lelaki yang punya wajah sempurna..
Yang apabila dipandang ingin pula membelainya
Yang bersih dari rupa kebengisan
Yang penuh ketenangan dan sentiasa dibasahi wuduk..

Lelaki yang punya sepasang mata yang redup..
Yang apabila merenung terasa jatuh jantung hati
Dan renungannya yang lembut
Disertai dengan pandangan yang jauh ke hadapan
Merenungi kehidupan yang membahagiakan..

Lelaki yang punya seulas bibir yang menawan..
Yang apabila tersenyum terasa jiwa seakan melayang
Yang menuturkan kata2 cinta, kasih dan sayang
Dan bibir yang tak pernah lepas dari doa2
Yang menjanjikan keindahan di syurga..

Lelaki yang punya suara perindu..
Yang apabila berpuitis akan menyusuk di kalbu
Membisikkan syair indah
Mendendangkan madah asmara
Juga mengalunkan bacaan2 suci
Yang mendamaikan hati ini..
Dialah lekaki..

* * * * * *

p/s Lily pernah mendeklamasikan sendiri puisi ini juga di Station Radio Ria. Teringat masa tu sedang gementar.. ya mungkin sebab tak sangka cuba2 call Ria utk ambil bahagian, boleh dapat pula.. Tu yg menggelabah sampai tiba waktu penyampaian puisi suara hilang timbul.. Last2 tak menang apa2 pun.. hehe. Tapi tak kisah asal dah terluah segalanya..

Salam Sayang
~Putri Lily~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialukan dan dihargai.

Terima kasih sekali lagi.

Salam Sayang
~Putri Lily~