
Aku yang sekadar bayangan
Berselindung di balik kenyataan
Menjadi misteri pada yang memandang
Tiada mengharap lain dari keikhlasan
Hanya mampu menyambut.. salam demi salam...
Aku yang sekadar dipandang
Dan tertanya hairan...
Apa lebihnya pada kekurangan?
Mana cantiknya di sebalik lapisan?
Apa keajaiban pada perkataan?
Sehingga impian yang di peraduan
Diharap jadi kenyataan...
Aku yang masih kelemasan
Trauma dalam perjuangan semalam
Alpa kah aku pada kejujuran?
Tertunduk mengalah dengan pengakuan
Bertepuk dada mencuba rasa debaran
Tapi tiada... tetap hambar kekosongan
Kawan... ternyata ku belum berkemampuan
Pasrah ku pada Mu Tuhan...
Aku yang di dalam kebuntuan
Tenang jiwa mengharungi badai persahabatan
Takut dihanyut sampai gelora percintaan
Apakah ku akan kehilangan bayangan
Sebuah lagi arca persahabatan di tepian?
Hanya kerana satu keputusan dan kepastian...
Hmm???
* * * * * *
Salam Sayang
~Putri Lily~



Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialukan dan dihargai.
Terima kasih sekali lagi.
Salam Sayang
~Putri Lily~