Hipokritkah aku
Bila lahir dari rahim insan yang beragama Islam
Hakikatnya keislamanku dinilai melalui kurangnya amalan
Yah! Sewajarnya begitu
Kerana akhlakku saja yang mungkin sempurna
Walhal ketakwaanku belum merangkumi semua
Pun begitu aku bersyukur
Kerana tergolong dalam lingkungan
Insan-insan yang menginsafi diri
Hipokritkah aku
Bila mengundang para sahabat menutup aurat
Hakikatnya keikhlasanku dinilai melalui terdengarnya suara
Yah! Sewajarnya begitu
Kerana tubuhku saja yang dilingkupi
Walhal suaraku lantang melisankan hasrat hati
Pun begitu aku bersyukur
Kerana tergolong dalam lingkungan
Insan-insan yang menjaga sahsiah diri
Hipokritkah aku
Bila berkongsi ilmu melalui topik berunsur agama
Hakikatnya perkongsianku dinilai melalui tiru dan lekat
Yah! Sewajarnya begitu
Kerana bermotifkan beri pendapat
Walhal sedar akan kejahilan
Pun begitu aku bersyukur
Kerana tergolong dalam lingkungan
Insan-insan yang mahu bermula...
Salam Sayang
~Putri Lily~




Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialukan dan dihargai.
Terima kasih sekali lagi.
Salam Sayang
~Putri Lily~