Selasa, Mei 05, 2009

~* DAMBAAN *~





UNGKAPAN KATA SELINDUNG HASRATNYA DI HATI

Kata-kata yang terucap di bibir sering berlawanan dari kata hati.
Selalu hati berkata " kalaulah kau milikku."
Tapi yang keluar di bibir "untung siapa yang memilikimu."

ANDAINYA DITAFSIR TERSERLAH MAKNA YANG TERSEMBUNYI
Jika kata-kata itu diluah secara terus terang macam ni..
"kalau you sudi terima I seadanya."
Akan terluahlah segala kata hati.
Tapi mereka lebih suka kata begini
"siapalah I ni kan.. tak sesuai dengan you."

RENUNGAN MATA BUKAN PANDANGAN BIASA
Renung marah dengan keningnya, nakal dengan ketawanya, sayang dengan senyumnya dan kasih dengan lirikannya.. kan beza

BERTAHUN HANDAI TERJALIN HINGGA WAKTU INI
GURAUAN MESRA MENGHIASI MASA TIKA BERSAMA
SEMAKIN BERPUTIK PERASAAN INI
Antara gurauan..
- you sakat I je.. kalau I tkda baru tau!
+ ala macam dia penting sangat
- betul you tak menyesal?
+ I takut you je menyesal tinggalkan I.
Kekadang kita tak sedar apa sebenarnya perasaan kita kat teman tu?
Yang kita tahu, kita semakin senang dengan kemesraan itu


KINI BARU KUSEDARI SELAMA INI KAU KU SAYANGI
KALAU BUKAN ITU HAKIKATNYA MENGAPA RINDU YANG KURASA

Bila berjauhan baru kita kenal perasaan sebenar dan mula merindu.

MUNGKIN TIADA KU FAHAMI
TIDAK DAPAT DINAFIKAN LAGI
BEBAN RAHSIA KIAN MEMBAKAR DIRI
Kalau pun kita mula sedar, takut pula meluahkan. Bimbang dengan penerimaan si teman.

KALIMAH CINTA SELUAS RELUNGAN DICITA
ANDAI DIBIAR TERDAMPAR KASIH TAK KESAMPAIAN
Peluang berterus terang tu banyak. Tapi bila satu pun tak digunakan, terpendam je lah hasrat tu

NALURI BISIK BUKANNYA DAMBAAN CINTA
Keegoan membatas segalanya

IKHLASKU NYATAKAN KAU YANG KUSAYANGI
KAU YANG KUCINTAI WALAU TAK MAMPU KU MILIKI
Hmm masih takut jika cinta tak diterima

INGINKU LUAHKAN MUNGKIN SATU HARI
KAN TERBUKA PINTU HATI
DAPAT JUA KAU TERIMA DIRIKU AKHIRNYA
Akhirnya masih mengharap satu hari yang lain atau menunggu sampai temannya memulakan?
Hello wakeuplah kawan! hahaha teringat kata-kata tu dari seorang kawan.. :)


* * * * * *


LIRIK LAGU DAMBAAN (DIDI CAZLI)


Ungkapan kata selindung hasratnya di hati
Andainya ditafsir terserlah makna yang tersembunyi
Renungan mata bukan pandangan biasa..


Bertahun handai terjalin hingga waktu ini
Gurauan mesra menghiasi masa tika bersama
Semakin berputik perasaan ini..


Kini baru ku sedari selama ini kau ku sayangi
Kalau bukan itu hakikatnya mengapa rindu yang ku rasa
Mungkin tiada ku fahami tidak dapat dinafikan lagi
Beban rahsia kian membakar diri..


Kalimah cinta seluas relungan di cita
Andai dibiar terdampar kasih tak kesampaian
Naluri bisik bukannya dambaan cinta..


Ikhlas ku nyatakan kau yang ku sayangi
Kau yang ku cintai walau tak mampu ku miliki
Ingin ku luahkan mungkin satu hari
Kan terbuka pintu hati dapat jua kau terima
Diriku akhirnya..

* * * * *

p/s Nukilan ini terilham apabila seorang kenalan memberitahu bahawa dia tak faham langsung makna lirik lagu ini.. Itu yang terlahir idea ini.. Cuba nak buat kenalan tu memahami.. Tapi ini hanya dari sudut fikiran Lily. Orang lain mungkin punya fikiran berbezakan.. :)


Salam Sayang
~Putri Lily~




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialukan dan dihargai.

Terima kasih sekali lagi.

Salam Sayang
~Putri Lily~