Khamis, Ogos 20, 2009

~* PANTUN PERPISAHAN SEMENTARA *~


Assalamualaikum sambutlah salam
Mencari peluang bertemu kenalan
Ingin bicara tentang perpisahan
Demi tugas yang nak diselesaikan

Kiranya masa begitu pantas
August dah tiba July berlalu
Banyak perkara menjadi tugas
Terpaksa tepikan blog dahulu

Bukan disebab apa dan siapa
Menghilang terus tidak sesekali
Pergi Lily bukannya lama
Insya-Allah pasti muncul kembali

Selepas August timbul September
Beratnya rasa meninggalkan member
Biarpun hanya di alam siber
Kita semua bagai sedare

Pada semua yang dikenali
Harap tak lupakan Putri Lily
Kalianlah sahabat yang best sekali
Setiap note, Lily save di memori

Buat kawan yang tak pernah berPM
Kita mesra melalui komen
Walau tiada ikatan terjalin
Tapi tetap menjadi best frend

Pada user yang tak dikenali
Maaf blogsmu, Lily cerobohi
Jika komen Lily tak bererti
Deletekan saja buang ke tepi

Sambil kita bertukar fikiran
Sindir gurau sudahlah pasti
Tak lama lagi muncul Ramadhan
Sesudah itu Aidil Fitri

Hadir nick Lily penuh kesilapan
Pohon ampunan 10 jari
Bertemu lagi di lain kesempatan
Putri Lily mengundur diri

Akhir kata Lily ingin sekali
Berkongsi madah motivasi diri
Hidup berblog penuh riaksi
Sopankan diri jaga peribadi

* * *
Maaf Zahir Batin
~Putri Lily~


Selasa, Ogos 11, 2009

~* BICARA TEMAN PADAKU *~


Bicara seorang teman...
katanya bangkitlah..
keluarlah dari kelompok yang membelenggu
bukan hanya membelenggu diri
malah membelenggu jiwa dan hati..

katanya lagi..
apa dapatnya mendiamkan diri?
apa untungnya dengan bersembunyi?
ada bakat tidak diserlah
ada ilmu tidak dikongsi
ada kebijakan hanya disimpan..
untuk apa?

seterusnya dia berkata..
majulah setapak ke hadapan
ikuti tiap kemajuan
rasai nikmat kebebasan..
apa guna ada kecanggihan
jika masih kolot tak berfikiran?

kata-katanya meresap jua di hati
lantas ku cuba memulai
setapak ke hadapan kini ku langkahi
memang nikmatnya tidak terperi..
namun bahgia sesaat cuma
terkapar ku mencari kebenarannya..

nikmat yang ada meragut ketenangan
nikmat yang menghancurkan kedamaian
aku hilang semua yang ku pertahankan
perinsip, pendirian dan kebahgiaan
yang menjadi kebalikannya hanyalah..
sifat iri, cemburu, sindiran dan prasangka..
terpaksa kerana dipaksa
mengikut tanpa rela
semuanya gara-gara mahu menjaga kata..
apakah itu perkongsian sebenarnya?

kekadang kekecewaan yang melanda
menginginkan ku pulang ke tempat semula
biarlah tidak mengenal kecanggihan
asal semua yang ku lalui..
lebih aman dan lebih ikhlas..
ikhlas untuk segalanya..


Salam Sayang
~Putri Lily~