Sabtu, September 20, 2014

BAHAGIA KECEWA

Kenangi bahagia tika sedang kecewa
kerana ia akan mengajar kita mencari kebahagiaan lain.
Kenangi kecewa tika sedang bahagia
kerana ia mengajar kita mengenal erti setia.

Salam Sayang
~Putri Lily~

Ahad, September 14, 2014

BAHAGIA _ DERITA


Usah dihebohkan kebahagiaan.
Usah pula diceritakan penderitaan.
Bukan semua yang melihat akan berasa senang dengan kebahagiaan itu.
Tidak juga semua yang melihat akan berasa simpati engan pederitaan itu.
Bimbang sifat iri akan menimbulkan fitnah peruntuh bahagia.
Bimbang sifat dendam bakal menambahkan pecah belah derita.
Memang kita diingatkan supaya selalu berbaik sangka.
Tapi kita juga diingatkan supaya selalu berwaspada.
Salam Sayang
~Putri Lily~

Sabtu, September 13, 2014

CONTOHI

Jadikan Kebaikan Diri Untuk Dicontohi Orang.
Bukan Menjadikan Keburukan Orang Untuk Mengurangkan Pahala Diri.
Salam Sayang
~Putri Lily~