Isnin, April 20, 2009

~* PANTUN SENDA GURAU *~


P)
Wahai saudara saya bertanya
silalah jawap jika sudi
adakah benar didalam dunia
ramai wanita dari lelaki?

L)
Memang benar kata saudari
ramai wanita dari lelaki
oleh itu para isteri
jagalah suami berhati-hati

P)
Apakah benar akan berlaku
bagai bicara saudara itu
mengapa harus lelaki begitu
tidak setia pada yg satu?

L)
Bukan salah lelaki tak setia
tanyalah sendiri dirimu dara
bukankah wanita bijak menggoda
lelaki tua pun bisa terpedaya


P)
Penggoda jugakah gelaran diberi
pada isteri yang menghias diri
sekadar untuk menjaga hati
supaya suami tak cari ganti?

L)
Jika isteri pandai berdandan
lainlah pula pokok soalan
bagaimana pula yang di jalanan?
masih menggoda, apalagi malam

P)
Setiap insan punya kelemahan
tapi diberi akal fikiran
buktikan lelaki kuat iman!
manja macammana pun usahlah layan!

L)
Sehebat mana isteri menghalang
hebat lagi godaan syaitan
kalau dah tau lelaki curang
apa salahnya wanita relakan? hehe

P)
Benar sungguh bagai dikata
ramai wanita ramailah penggoda
biar sedikit lelaki di dunia
tapi.. hampir semua bersifat buaya

L)
Kalau nak jadi isteri orang
madu diberi terimalah saja
sesama jenis bagilah peluang
wanita lain pun nak bersuami juga

P)
Bagaikan hati dihiris pisau
pahit bermadu lelaki tak hirau
beginilah jika wanita dah ramai
lelaki pula buat perangai

Lily)
Bicaraku hanya sebagai ingatan
Kata-kata ku anggaplah cuma gurauan
kekalkan ajaran dan hukum Islam
InsyaAllah tiada persengketaan

* * * * * *

p/s bukan untuk menyebelahi sesiapa tau.. jgn ambil hati

Salam Sayang
~Putri Lily~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialukan dan dihargai.

Terima kasih sekali lagi.

Salam Sayang
~Putri Lily~