Isnin, April 13, 2009

~* SYAWAL *~


Syawal..
Untuk sekali lagi aku menyambutmu
Tangan ku hulur dan huluran tanganku bersambut
Ku tundukkan kepala agar dapat menyentuhi tangannya
Tanpa sedar tangannya ku ciumi
Maka terluahlah kekata maaf ku pinta
Maka berjujuranlah airmataku membasahinya

Syawal..
Untuk sekian kalinya ku sedari
Apa yang ku lakukan tanpa keikhlasan hati
Semuanya tetap dusta seperti tahun sudah
Semuanya sekadar menutupi segala dosa
Memang benar ku pohon kemaafan
Tapi maaf maksudku kerana terpaksa berdusta
Memang benar aku menyesal
Tapi kesalku kerana masih belum berubah
Memang benar aku menangis
Tapi tangisanku belum dapat mencairkan kekerasan hati ini..

Syawal..
Seandainya ada nafasku lagi di tahun hadapan
Apakah masih tetap sama tanpa perubahan?
Sekiranya masih demikian
Aku lebih rela tiada dari menyambut mu lagi syawal
Kerana ku tidak mahu terus menambahkan dosa
Tahun demi tahun...


* * * * * * * * * * *



p/s Entah kerana apa, puisi ini tercipta ketika Lily sedang berlebaran pada 4 tahun lepas. Ya.. mungkin ada sebabnya.. Biarlah hanya Lily yg tahu.

Salam Sayang
~Putri Lily~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialukan dan dihargai.

Terima kasih sekali lagi.

Salam Sayang
~Putri Lily~