Jumaat, Jun 19, 2009

~* MOTIVASI *~


Kenali seseorang yang ingin kamu kenali..
Jangan mengenali seseorang kerana terkenal..
** ** ** ** ** **
Berbelanjalah seadanya untuk keperluan..
Baru kemudian yang selebihnya untuk keinginan..

Mengutamakan keperluan lebih berkat..
Mengetepikan keinginan lebih jimat..

** ** ** ** ** **
Berusahalah untuk sukses dan kemudian,
berbangga menjadi diri sendiri..
Usah berbangga kerana berjaya meniru,
untuk menjadi seperti orang lain..

 ** ** ** ** ** *
Tidak ada ruginya berterus terang
bila ia mendatangkan kebaikan..
Tidak ada untungnya berselindung
jika kelak menimbulkan perasangka..

** ** ** ** ** **
Berterima kasih pada kejian kerana di situ letak kejujuran..
Berwaspada pada pujian kerana di situ terselit sindiran..
** ** ** ** ** **
Kenalilah peribadi seseorang melalui membaca dan bukan mendengar..
Membaca menerusi coretan hati..
Bukan mendengar menerusi bicara bibir..
Kerana.. di hati ada jujur.. di bibir ada dusta..

** ** ** ** ** **
Berusahalah untuk menjadi kawan kepada semua musuh..
Jangan sesekali menjadi lawan kepada seorang sahabat..
** ** ** ** ** **
Kenangilah bahgia tika sedang kecewa..
Kerana ia akan mengajar kita mencari kebahgiaan lain..
 Kenangilah kecewa tika sedang bahgia..
Kerana ia mengajar kita erti setia..


** ** ** ** ** **
Semakin ramai kita berkawan
semakin sunyi sebenarnya kita...
Sunyi dari kesepian...
Semakin banyak yang kita fikirkan

semakin kosong sebenarnya fikiran...
Kosong memikirkan penyelesaian..
** ** ** ** ** **
Terkadang kita keburuan mengejar masa..
Padahal masa adakalanya begitu sabar menanti kita..
** ** ** ** ** **
Bukan habis beratus dolar.. atau hadiah berbagai rupa.. untuk membeli sebuah jiwa.. Tetapi cukup sebaris SMS kiriman.. atau sepatah sebutan di talian.. untuk membelai sebuah perasaan..
** ** ** ** ** **
Bukan semua kaca itu tajam, terkadang kilauan permata juga melukakan. Andai bijak menilai, yang tajam itulah lebih berjasa dan berharga.
 ** ** ** ** ** **

p/s Sudut ini akan sentiasa dikemaskinikan jika ada nukilan Lily yang terbaru.
Salam Sayang
~Putri Lily~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana membaca entri ini dan meninggalkan komenter anda. Komenter anda sangat dialukan dan dihargai.

Terima kasih sekali lagi.

Salam Sayang
~Putri Lily~