Rabu, Mac 03, 2010

~*BERMULA DARI DETIK INI*~


Detik kini bermula
hari ini saat ini...
aku mengintai masa
menghitung hari... 
bersama debaran dada
kupohon restu Ilahi...

Pertama kali menghantar karya
tentu banyak kesilapannya
mungkin banyak kekurangannya...

Namun hasrat begitu besar
moga hajat tidak tersasar
3 puisi sudah kuhantar
sedang dinilai aku bersabar...

Kupohon restu Ilahi...

Salam Sayang
~Putri Lily~

Jumaat, Februari 19, 2010

~*ANTOLOGI PUISI SEMPENA DENGAN HARI GURU*~

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk.

Sempena dengan sambutan Hari Guru pada setiap bulan Mei setiap tahun (16 Mei ), Persatuan Penulis Kuala Lumpur (KALAM) dan Persatuan Penulis Selangor (PPS) berhasrat mengumpulkan dan seterusnya menerbitkan 1Antologi Puisi HARI GURU.

Justeru, KALAM dan PPS mengalu-alukan dan dengan berbesar hati menjemput semua para penyair dan penulis untuk menghantar karya masing-masing yang berbentuk puisi. Kepada setiap penyair dan penulis, setiap puisi yang ingin dihantar mestilah memenuhi ciri-ciri berikut, iaitu:

i) Taksiran puisi adalah terbuka, iaitu sama ada berbentuk tradisional (pantun, syair, nazam dan gurindam) atau moden (sajak).

ii) Tema puisi pula mestilah tentang jasa, pengorbanan, penghargaan dan seumpamanya tentang guru.

iii) Panjang sesebuah puisi tidak lebih daripada tiga (3) muka surat, kertas A4, ditaip langkau dua baris, jenis tulisan Arial dan saiz huruf 12.

iv) Setiap penyair dan penulis boleh menghantar tidak lebih daripada tiga (3) buah karya masing-masing.

v) Panel penyelenggara berhak untuk memilih puisi yang sesuai untuk diterbitkan dan akan memaklumkan kepada mereka yang terpilih.

Sebagai makluman kepada penyair dan penulis yang karya mereka terpilih dan tersiar, bayaran honorarium dan senaskhah antologi akan diberikan secara percuma. Oleh itu, setiap penyair dan penulis yang menghantar karya mesti menyertai sekali biodata ringkas dan alamat surat-menyurat dan no. telefon untuk memudahkan urusan penerbitan dan pemakluman.

Tarikh akhir penyerahan puisi adalah pada 25 Mac 2010 dan kepada penyair dan penulis yang berminat, sila kirimkan puisi tuan/puan sama ada melalui e-mel kepada Saifullizan Yahaya (saif@dbp.gov.my atau saif_hati@yahoo.com.my) atau Muhamad Ikhram Fadhly Hussin (ikhram@dbp.gov.my atau pahlawan313@yahoo.com.my) sebelum tarikh di atas.

Untuk pertanyaan lanjut berhubung penerbitan antologi puisi tersebut, bolehlah menghubungi saudara Saifullizan Yahaya (016-3018645) atau Muhamad Ikhram Fadhly Hussin (012- 2908429).

Perhatian dan kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

Salam hormat,
Saifullizan Yahaya
Muhamad Ikhram Fadhly Hussin

p/s dipetik dari blog AVA

Salam Sayang
~Putri Lily~

Khamis, Januari 28, 2010

~* AYAT-AYAT CINTA *~



DESIR PASIR DI PADANG TANDUS

sesuatu yang memaksanya menempuhi alam rumah tangga yang walau nampak sempurna, tapi penuh dengan kisah


SEGERSANG PEMIKIRAN HATI
sama seperti hati dan jiwanya yang kosong tanpa apa-apa perasaan


TERKISAHKU DI ANTARA CINTA YG RUMIT
apabila perasaan suci itu hadir, sayangnya bukan untuk yang sepatutnya. Sebaliknya untuk seorang yang lain... lantas menyulitkan keadaan


BILA KEYAKINANKU DATANG
semakin dia menghidar, semakin hayalannya mengejar


KASIH BUKAN SEKADAR CINTA
dan menyedari... cintanya benar-benar wujud


PENGORBANAN CINTA YG AGUNG KU PERTARUHKAN
namun dalam situasi dan status dirinya, cinta sucinya jadi taruhan


MAAFKAN BILA KU TAK SEMPURNA
sedar akan dirinya, membuat dia rasa kurang lengkap sebagai kekasih


CINTA INI TAK MUNGKIN KU CEGAH
namun cinta yang hadir bukan dipaksa-paksa adanya... bukan mudah dihalau perginya


AYAT2 CINTA BERCERITA CINTAKU PADAMU
berdosa jika diluah... hanya pada lakaran diari mencoret luahan rasa, mengungkap perasaan hati


BILA BAHAGIA MULA MENYENTUH
semakin terhayal bila kekasihnya juga memahami


SEAKAN KU BISA HIDUP LEBIH LAMA
membuat dia rasa selesa bernafas kembali setelah lemas dalam kehidupan realiti


NAMUN HARUS KU TINGGALKAN CINTA
apabila kesedaran timbul bahwa cinta sucinya bersalahan dan... orang yang dicintanya perlu ada masa depan...


KETIKA KU BERSUJUD
dia harus akur pada kebenaran... cinta fantasinya perlu dikuburkan...

* * *
 
LIRIK LAGU AYAT-AYAT CINTA
 
Desir pasir di padang tandus
Segersang pemikiran hati
Terkisahku di antara cinta yang rumit...
 
Bila keyakinanku datang
Kasih bukan sekadar cinta
Pengorbanan cinta yang agung kupertaruhkan...
 
Maafkan bila ku tak sempurna
Cinta ini tak mungkin ku cegah
Ayat-ayat cinta bercerita cintaku padamu...
 
Bila bahagia mula menyentuh
Seakan kubisa hidup lebih lama
Namun harusku tingalkan cinta
ketikaku bersujud...
 



p/s sebuah lagi lagu yang telah ku tukil... :)
 
Salam Sayang
~Putri Lily~

Rabu, Januari 27, 2010

~* IBU *~




Teringat satu ketika...

saat bertanya dengan ibu...
apakah perkara yg dapat dijadikan barang...
sebagai balasan jasamu ibu?


Teringat jawapan ibu...
tika dan saatnya pasti tiba...
saat kalian pula menjadi ibu...
saat kalian merasa sakit melahirkan...
saat kalian terharu mendengar tangisan...
saat kalian melihat pembesaran...
saat kalian memberi didikan...
saat tanggungjawabmu sudah sempurna
saat anakmu pula bersuara... terima kasih ibu
dan saat anakmu pula bertanya... apa balasan untukmu, ibu?


Ketahuilah anakku...
di masa itulah kamu sudah membalas...
kerana kejayaanmu menjadi ibu...
dengan memberi didikan sempurna kepada anakmu...
seperti mana aku mendidikmu...



Salam Sayang
~Putri Lily~