Isnin, April 27, 2009

~* LELAKI IDOLA WANITA *~


Pertama sekali sudah tentulah satu sudut di ruang hati
Yang hanya diisi oleh satu2nya wanita yang bergelar isteri
Tidak dua dan tidak tiga..

Lelaki yang punya wajah sempurna..
Yang apabila dipandang ingin pula membelainya
Yang bersih dari rupa kebengisan
Yang penuh ketenangan dan sentiasa dibasahi wuduk..

Lelaki yang punya sepasang mata yang redup..
Yang apabila merenung terasa jatuh jantung hati
Dan renungannya yang lembut
Disertai dengan pandangan yang jauh ke hadapan
Merenungi kehidupan yang membahagiakan..

Lelaki yang punya seulas bibir yang menawan..
Yang apabila tersenyum terasa jiwa seakan melayang
Yang menuturkan kata2 cinta, kasih dan sayang
Dan bibir yang tak pernah lepas dari doa2
Yang menjanjikan keindahan di syurga..

Lelaki yang punya suara perindu..
Yang apabila berpuitis akan menyusuk di kalbu
Membisikkan syair indah
Mendendangkan madah asmara
Juga mengalunkan bacaan2 suci
Yang mendamaikan hati ini..
Dialah lekaki..

* * * * * *

p/s Lily pernah mendeklamasikan sendiri puisi ini juga di Station Radio Ria. Teringat masa tu sedang gementar.. ya mungkin sebab tak sangka cuba2 call Ria utk ambil bahagian, boleh dapat pula.. Tu yg menggelabah sampai tiba waktu penyampaian puisi suara hilang timbul.. Last2 tak menang apa2 pun.. hehe. Tapi tak kisah asal dah terluah segalanya..

Salam Sayang
~Putri Lily~

Selasa, April 21, 2009

~* MAAF *~



Sejak awal pagi semalam
Hati ku sudah tidak keruan
Bawa ke tempat kerja
Menambah sesak di dada
Seperti ada yg tak mampu ku luahkan
Seakan ku bersalah tanpa sengaja..

Kiranya ku akui ada hati yg ku lukai
Sesungguhnya ku mengerti
kekecewaan menguasai diri..

Pertanyaan demi pertanyaan
Benarkah ku yg melukakan?
Pernahkah ku menjanjikan?
Adakah ku memberi harapan?
Bila? Dengan siapa?

Sudah ku tanam tekad sedari mula
Agar tertib diri sentiasa
Sudah ku usaha berjaga-jaga
Agar jangan terlajak bicara
Sudah ku batasi gerak dan langkah
Agar perhubungan terpelihara..

Namun bila manusia tetap manusia
Kesilapan tetap bermaharajalela
Antara sengaja atau tidaknya
Biar sedikit tetap kesilapan juga...

Hanya ku harap pada yg bernama
Jari ku susun maaf ku pinta..

* * * * * *

p/s puisi ini pun pernah Lily hantar ke ke Station Radio Ria untuk satu peraduan kreativiti dan memenangi tempat pertama.. seronoknya.. :)

Salam Sayang
~Putri Lily~

Isnin, April 20, 2009

~* PANTUN SENDA GURAU *~


P)
Wahai saudara saya bertanya
silalah jawap jika sudi
adakah benar didalam dunia
ramai wanita dari lelaki?

L)
Memang benar kata saudari
ramai wanita dari lelaki
oleh itu para isteri
jagalah suami berhati-hati

P)
Apakah benar akan berlaku
bagai bicara saudara itu
mengapa harus lelaki begitu
tidak setia pada yg satu?

L)
Bukan salah lelaki tak setia
tanyalah sendiri dirimu dara
bukankah wanita bijak menggoda
lelaki tua pun bisa terpedaya


P)
Penggoda jugakah gelaran diberi
pada isteri yang menghias diri
sekadar untuk menjaga hati
supaya suami tak cari ganti?

L)
Jika isteri pandai berdandan
lainlah pula pokok soalan
bagaimana pula yang di jalanan?
masih menggoda, apalagi malam

P)
Setiap insan punya kelemahan
tapi diberi akal fikiran
buktikan lelaki kuat iman!
manja macammana pun usahlah layan!

L)
Sehebat mana isteri menghalang
hebat lagi godaan syaitan
kalau dah tau lelaki curang
apa salahnya wanita relakan? hehe

P)
Benar sungguh bagai dikata
ramai wanita ramailah penggoda
biar sedikit lelaki di dunia
tapi.. hampir semua bersifat buaya

L)
Kalau nak jadi isteri orang
madu diberi terimalah saja
sesama jenis bagilah peluang
wanita lain pun nak bersuami juga

P)
Bagaikan hati dihiris pisau
pahit bermadu lelaki tak hirau
beginilah jika wanita dah ramai
lelaki pula buat perangai

Lily)
Bicaraku hanya sebagai ingatan
Kata-kata ku anggaplah cuma gurauan
kekalkan ajaran dan hukum Islam
InsyaAllah tiada persengketaan

* * * * * *

p/s bukan untuk menyebelahi sesiapa tau.. jgn ambil hati

Salam Sayang
~Putri Lily~

Jumaat, April 17, 2009

~* PANTUN BUAT NONOI *~


Dari tahun lepas kisahmu ku baca (skrg dah jadi berapa thn lah kan.. hehe)
Pertanyaan persoalan di fikiran melanda
Cutenya panggilan secomel tuannya
Sekecil itu badan, dah rasa sengsara..

Kisahmu kini muncul kembali
Menggamit kenangan tragedi ngeri
Siapa pun Nonoi tidak ku kenali
Cara kepergianmu turut ku kesali..

Kekejaman bakal diadili
Kenyataannya sangat menyayat hati
Sekejam itukah sibapa tiri?
Kata takda niat, rupanya zalim sekali..

Kerana marah pembunuhan berlaku
Walau katanya tanpa sengaja (alasan)
Yang jadi mangsa adalah kamu
Mengapa saja tidak mereka!!???

Siapa mereka yang ku maksudkan?
Mereka yang meletakkanmu dalam keadaan
Akibat tersebar kisah pembunuhan
Terbongkar segala rahsia silam..

Hidupmu saja sudah keliru
Lahir berbinti ayah yang satu
Kemudian dijaga si ayah baru
Rupanya ayah kandungmu langsung tak tau..

Tenanglah kamu di sana Nonoi
Dari hidup mu tidak berbaloi
Hidup ibu mu pun dah kacau bilau
Besarmu nanti pun siapa yang hirau?

Pantun ku karang sekadar renungan
Untuk meluahkan rasa tak kepuasan
Moga tak menyinggung mana2 perasaan
Sesungguhnya ku hanya seorg insan..

* * * * * *
p/s Ingat tak dengan gadis kecil yg malang yg nama panggilannya Nonoi? Setahun setelah kejadian pembunuhan ke atas Nonoi, datang idea Lily utk buat pantun penyesalan ini . Dah lama peristiwa itu berlaku. Tapi bila tengok rancangan Jejak Jenayah, kisah Nonoi di jejak kembali, teringat kat koleksi pantun lama Lily tu. Di sini Lily ingin berkongsi apa yg Lily rasa saat pantun ini tercipta. Moga dianya di tempatkan di sisi org2 yg beriman. Al-Fateha.. Amin

Salam Sayang
~Putri Lily~